Photobucket

Wednesday, November 2, 2011

TASAWWUR ISLAM yang sebenar III

Bicara Hati :: ♥ HeRWaNa HeRMan ♥ On 1:23 AM No comments

TASAWWUR ISLAM yang sebenar I
TASAWWUR ISLAM yang sebenar II



SYARIAT ISLAM: PENGERTIAN  & CIRI² KEISTIMEWAAN 

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

--> Syariah dlm bahasa Arab bererti aliran (al-mazhab) & jalan yg lurus. 

--> Syariah Islamiyyah menurut istilah ialah hukum² yg disyara’kan oleh Allah s.w.t. utk hambaNya, samada yg berkaitan dgn aqidah, ibadat, akhlak, muamalat & sistem² hidup dlm pelbagai aspek demi utk kebahagiaan mereka di dunia & akhirat. 

--> Ia juga diertikan sebagai saluran air yg mengalir yg menjadi sumber minuman.  Hukum² ini dinamakan Syariah krn lurus & tidak menyimpang sistemnya dari matlamatnya, seperti landasan yg lurus tiada bengkang-bengkok. 

Berdasarkan penjelasan di atas maka syariat Islam drpd segi istilah syara’ adalah 
“Semua hukum yg diciptakan oleh Allah utk hambanya samada hukum² ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dlm bentuk perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”.   

Ciri² keistimewaan Syariah Islamiyyah

--> Ianya membawa erti bahawa hukum & peraturan Syariah ini drpd Allah swt & bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kpd Nabi Muhammad saw dgn lafaz & makna (al-Qur’an) atau dgn makna tidak lafaz (as-Sunnah). 

Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi krn ia bersumberkan drpd manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri. 

Natijah Syariah Islamiyyah:
i) Prinsip² Syariah & hukum-hakamnya bersih drpd sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan & menurut hawa nafsu krn penciptanya ialah Allah yg mempunyai kesempurnaan mutlaq. Undang² duniawi pula mempunyai kelemahan krn ia lahir drpd manusia yg memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dgn hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, & sebagainya.

ii) Hukum² Syara’ mempunyai kehebatan & kehormatan dlm jiwa org² yg beriman dgnnya samada pemerintah mahupun yg diperintah, justeru krn ianya drpd Allah & pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati & dipatuhi dgn rela hati yg didorongi oleh jiwa yg bersih & keimanan yg mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Balasan Duniawi & Ukhrawi
Balasan duniawi ini ada yg bersifat kanun jenayah & ada yg dikatakan kanun sivil sepertimana juga dgn undang² buatan manusia tapi skopnya lebih luas drpd balasan yg terdapat dlm undang² buatan manusia. 

Justeru undang² Islam itu mencakupi seluruh urusan individu termasuklah soal² keagamaan & akhlak, tidak sepertimana undang² buatan manusia. 

Balasan ukhrawi adalah dikenakan ke atas setiap perlanggaran hukum syara’ samada ia amalan had mahupun amalan anggota lahir, yg berkaitan dgn muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah & samada yg bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi tidak bertaubat nasuha & mendapat penghalalan hak drpd og tertentu.  

Syariat Islam menjadi keistimewaan dgn ciri ini, ia menjadi rahmat utk sekalian alam, menjadi petunjuk kpd seluruh umat manusia & merupakan peraturan utk manusia sejagat pd semua masa & tempat. 

Ia bukan perundangan utk satu jenis manusia, Negara, bangsa  & kabilah tertentu sahaja, bahkan ia utk manusia di mana jua mereka berada. Islam meraikan kehendak & keperluan manusia dlm beberapa perkara seperti:
a) Dharuriyyat: iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dgn ketiadaannya. Perkara² dharuriyyat ini perlu utk menjaga akal, agama, jiwa, keturunan & harta. 

b) Hajiyyat: perkara yg diperlukan manusia utk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya. 

c) Tahsiniyyat: iaitu perkara yg diperlukan manusia utk hidup lebih mulia. Contohnya Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan mengikut tempat & suasana.

Syariat Islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh & tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir & penutup syariat² samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. 

Kesejagatan Syariat Islam, umum utk seluruh manusia & tidak menerima sebarang pembatalan & tukar ganti, sudah pasti segala peraturan & hukum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia sepanjang zaman & disemua tempat & mampu memenuhi segala keperluan yg dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip & hukum²nya sesuai dilaksanakan utk semua masa & tempat. 

Syariat Islam itu suatu sistem yg syumul mencakupi semua urusan hidup yg menggariskan manusia jalan iman, menerangkan dasar² aqidah, menyusun hubungan manusia dgn Tuhannya, memerintah bersihkan jiwa, & mengatur hubungan manusia sesama manusia. 

Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3 kelompok:- 
i) Hukum² yg berkaitan dgn aqidah seperti beriman kpd Allah & hari akhirat. Perbahasan hukum² aqidah ini & kajiannya terdapat dlm ilmu kalam atau Tawhud.

ii) Hukum² yg berkaitan dgn akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum² akhlak ini kajiannya adalah dlm ilmu akhlak atau Tasawwuf.

iii) Hukum² yg berkaitan dgn perkataan & perbuatan manusia dlm hubungan mereka dgn yg lain. Hukum amali ini dinamakan dgn al-fiqh, perbincangannya dlm ilmu al-Fiqh.

* Ia terbahagi kpd 2 bahagian yg besar iaitu:
a) Ibadat seperti solat, puasa, zakat yg mana ia bertujuan mengatur hubungan antara individu dgn Tuhannya.

b) Adat & muamalat yg bertujuan utk mengatur hubungan antara sesama manusia.

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat krn ianya diturunkan oleh Allah swt utk seluruh manusia & rahmat Allah kpd mereka sepanjang zaman & di semua tempat. 

Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pd tempatnya menurut hitungan sebenarnya drpd Allah. Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dlm kalangan manusia seluruhnya dgn menegakkan persaudaraan dlm kalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan & harta benda dengan bermatlamat dunia & akhirat. 

Bersambung.....

0 123 Bingkisan Sahabat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...